Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Pemuda Muktamar DPPN Perlis Suntik Semangat Pemuda Menuju PRU 15

Muktamar DPPN Perlis Suntik Semangat Pemuda Menuju PRU 15

26
0
SHARE

Oleh: Haziq Dun

ARAU: Muktamar DPPNPs telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Julai 2018, bertempat di Surau YB Mohd. Shukri Bin Ramli, Sanglang, Perlis.

Muktamar kali ke-43 ini menjadi perhimpunan yang sangat penting kerana merupakan muktamar pasca PRU-14 yang menjadi medan bermuhasabah seluruh jentera Pemuda PAS Perlis.

Kehadiran 100 % perwakilan pemuda daripada tiga kawasan iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar juga membuktikan komitmen yang amat tinggi daripada jentera pemuda dari seluruh negeri Perlis.

Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Bin Azizan telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Tekad Menuju Cita” dan telah dibahaskan oleh para perwakilan pemuda kawasan-kawasan.

Muktamar pada kali ini juga turut menyaksikan seorang daripada setiap entiti pemuda seperti Jabatan Amal, DACS, PASTI, SRITI serta pemuda kawasan-kawasan telah dipilih untuk  menerima anugerah Pemuda Istiqamah.

Turut diadakan, Anugerah Enrolmen PASTI Terbaik yang telah dinobatkan kepada PASTI Kawasan Arau.

Majlis perasmian Muktamar kali ke-43 ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB Mohd. Shukri Bin Ramli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here