Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak MUKTAMAR DUPP: Tema Muktamar Dewan Ulamak “Islam Jalan Penyelesaian”

MUKTAMAR DUPP: Tema Muktamar Dewan Ulamak “Islam Jalan Penyelesaian”

61
0
SHARE

MUKTAMAR DUPP: Tema Muktamar Dewan Ulamak “Islam Jalan Penyelesaian”

Oleh: Asyraf Hanif

Kuala Terengganu, 13 Sept- Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat(DUPP) pada hari ini dimulakan dengan ucapan Pengarah Muktamar Dewan PAS Pusat yang diadakan di Hotel Permai, Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Muktamar kali ini merupakan Muktamar kali ke-57 bagi Dewan Ulamak PAS Pusat sejak Penubuhan Parti itu.

Muktamar DUPP kali ini telah mengangkat tema “Islam Jalan Penyelesaian” berikutan kepada isu-isu hangat yang melanda umat Islam pada hari ini terutamanya isu LGBT dan lain-lain.

Pengarah Muktamar DUPP, Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dan pemerhati dari seluruh pelusuk negara bagi menjayakan muktamar kali ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu atas bakti yang dicurahkan untuk muktamar kali ini sejak Julai lagi.