Home Muktamar62 Artikel Muktamar janjikan kelainan

Muktamar janjikan kelainan

140
SHARE

MUKTAMAR PAS ke-62 yang akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) Jun ini bakal menampilkan sesuatu yang tidak pernah diadakan sebelum ini. Menjadi kebiasaan sebelum perasmian, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memeriksa pembarisan anggota Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali Unit Amal.

Namun kali ini, satu pembarisan yang melibatkan kanak-kanak sekolah rendah dan menengah yang menyertai agensi berkenaan dibawah kor kadet dan bridged. Kini kor berkenaan mempunyai 12,000 keahlian dari seluruh negara selepas Ketua Jabatan Amal Malaysia yang kelima memberi nafas baru kepada badan tersebut.

Antara yang dibuat oleh Nazree Mohd Aris ialah memecahkan jabatan amal kepada bahagian kecil yang dipanggil kor sama seperti pihak berkuasa yang lain. Perjalanan yang lama itu tidak bererti tanpa sebarang pembaharuan atau penjenamaan semula dilakukan, namun itulah yang dilaksanakan oleh beliau. Inisitif yang bermula tahun lalu itu turut merangkumi gaya penampilan anggota terutamanya yang terlibat dengan trafik dan lalulintas.

Ia dilakukan tidak lain dantidak bukan bagi mencerminkan tahan profesionalisma khas semasa berhadap dengan masyarakat dan mereka akan menilai kemampuan produk PAS itu.
Memang diakui bahawa khidmat yang dicurahkan oleh anggota Unit Amal sejak awal penubuhan sehingga hari ini memberi imej yang baik terhadap PAS di mata rakyat.

Apa tidaknya, apabila berlaku sebarang bencana alam, pihak yang pertama tiba di lokasi kejadian ialah individu berbaju merah yang tertulis dibelakangnya Unit Amal. Jika kita menelusuri sejarah perkembangannya sehingga berusia 25 tahun, pelbagai usaha pembaharuan dibuat, Jabatan Amal Malaysia terus relevan di persada negara.

Bermula dengan Hussin Ismail yang dilantik Ketua Pengarah Unit Amal pertama pada tahun 1991, diikuti oleh Jamuliddin Elias, Jamsari Marsom, Juhari Osman dan Nazree Mohd Aris.

Dibawah Ketua Pengarah yang ke lima itu, beliau telah memberi nafas baru kepada Jabatan Amal Malaysia dengan mewujudkan pelbagai kor seperti kor perubatan, kor kejuruteraan dan sebagainya.

Tanpa Jabatan Amal Malaysia, sebarang program besar PAS seperti Muktamar tidak akan berlangsung dengan sempurna sebagaimana yang dirancang.
Menurutnya, bermula tugas mengantung banner, kawalan trafik sehingga kawalan laluan pimpinan merupakan sebahagian daripada skop kerja Jabatan Amal sempena Muktamar.

Kor perubatan serta kor trafik dan lalulintas dilihat lebih menonjol pada setiap kali Muktamar diadakan, bahkan peranan mereka terus bergerak.
Pemberian nafas baru kepada tugas anggota sangat penting kerana ia menaikan tugas anggota untuk bertugas dengan lebih semangat serta menarik orang ramai menyertai PAS.

Situasi itu memang sudah terbukti apabila masyarakat menyertai PAS kerana aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh Jabatan Amal.

“Pembaharuan ini merupakan satu medium untuk rakyat menyertai PAS melalui Jabatan Amal Malaysia. Sekarang bila beri nafas baru, ramai ahli PAS sendiri kembali aktif,” jelasnya.

Selain itu, penyertaan golongan profesional seperti pengamal perubatan terus meningkat, kini kor perubatan mempunyai lebih 30 ahli dalam pelbagai cabang perubatan. Dengan penjenamaan semula itu juga, Jabatan Amal juga mempunyai kor kejuruteraan. Mereka sangat berguna di kawasan luar bandar bagi melaksanakan kerja kebajikan.

Seperti di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini juga membuktikan peranan yang dimainkan oleh kor berkenaan sangat penting seperti bina kediaman dan surau penduduk.