Home Muktamar62 Artikel Muktamar ke-62 bermula, hadirin banjiri Putik sejak awal pagi

Muktamar ke-62 bermula, hadirin banjiri Putik sejak awal pagi

109
SHARE

KOTA BHARU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjalankan aktiviti tahunan parti, Muktamar Tahunan Kali ke-62 bertemakan ‘Inilah Penyelesaian Kita‘ itu di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, PUTIK, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Seawal jam 8.30 pagi para perwakilan dan pemerhati mula memenuhi dewan. Kehadiran para pemerhati terlalu ramai sehingga ketiadaan tempat.

Muktamar yang berlangsung selama dua hari itu dimulakan dengan perbarisan dan tabik hormat daripada Jabatan Amal Malaysia.

Wakil-wakil luar negara turut sama hadir memeriahkan muktamar pada kali ini.

Antara wakil luar negara termasuk Hamas dari Palestin dan wakil Thailand.