Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muktamar Mendapat Sambutan Hangat Penajaan

Muktamar Mendapat Sambutan Hangat Penajaan

24
SHARE

Muktamar Mendapat Sambutan Hangat Penajaan

Oleh: Ramizah Rahmad

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-58 berlangsung meriah dengan kehadiran para perwakilan dan pemerhati dari seluruh pelusuk Malaysia yang diserikan lagi dengan penajaan dari pelbagai pihak.

Kemenjadian dan kelancaran sesuatu program dapat dilihat dari sudut penajaan yang baik. Jika baik penajaan yang diperoleh maka keseluruhan program akan terlihat lancar dan kelompongan akan dapat ditutupi.

Antara barisan penyumbang untuk Muktamar kali ini bagi penajaan bunting ialah, IMITS Buluh Gading, Kedai Emas Hj Razali Muda, Kedai Emas & Permata Md Saufi Jusoh, Noorzila Mohd – Olive House, Atikah Tudung Labuh, Dewan Muslimat Kemaman, Dewan Muslimat Besut, Taska Ummi & Taska/Tadika Syaz, HPA Terengganu, Muslimat Dun Seberang Takir dan Al Amin Barokah.

Muktamar juga tidak akan berseri tanpa hadiah atau cenderahati kenang-kenangan buat para jemputan. Cenderahati untuk para jemputan untuk Muktamar kali ini telah ditaja oleh Noor Arfa Batik.

Semoga dengan tajaan kali ini, Allah melipat gandakan rezeki buat para penaja dan dapat menjadi inspirasi dan dorongan pada orang lain untuk turut memberi ke jalan Allah.