Home Muktamar PAS Ke 64 Muktamar PAS di Terengganu

Muktamar PAS di Terengganu

538
SHARE

KUALA TERENGGANU – Muktamar Tahunan PAS Pusat akan diadakan di Terengganu selama tiga hari bermula 14 September depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, muktamar kali ke-64 itu dijangka disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Muktamar ini melibatkan PAS Pusat, Dewan Pemuda, Muslimat, Dewan Ulama dan satu konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),” katanya selepas hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat dan PAS Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan barisan kepimpinan PAS lain.


Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis itu yang pertama kali diadakan secara bekerjasama antara PAS Pusat dan PAS Terengganu.

Selain itu, Takiyuddin turut memaklumkan bahawa Pas bercadang menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan Kelantan dan Terengganu selepas parti itu berjaya menawan semula.