Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muktamar PAS Ke-64 – Muslimat PAS Terengganu Siap Sedia Terima Tetamu

Muktamar PAS Ke-64 – Muslimat PAS Terengganu Siap Sedia Terima Tetamu

21
0
SHARE

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Sebagai tuan rumah, PAS negeri Terengganu telah bersiap sedia menerima para perwakilan, pemerhati dan orang ramai yang akan hadir ke Muktamar PAS Pusat kali ke-64.

Ketua Muslimat Negeri Terengganu, Hajah Zarani Othman berkata, ‘sayap kiri’ parti itu menyeru semua ahli dan penyokong PAS serta pencinta Islam turut sama-sama hadir beramai-ramai, ke Muktamar Muslimat PAS Pusat Kali Ke-58.

Katanya, ia merupakan satu agenda perhimpunan besar tahunan PAS, yang wajib dihadiri setiap lapisan masyarakat.

Hajah Zarani Othman

“Pengunjung daripada luar Terengganu sama-sama menikmati keindahan pantai dan keunikan seni serta budaya kita,

“dan dapat sama-sama berkongsi indah serta bahagianya pemberian kemenangan oleh Allah dalam perjuangan Islam setelah pilihanraya Umum (PRU) ke-14 baru-baru ini dengan sama-sama menikmati keberkatan negeri Terengganu yang ditadbir oleh kerajaan PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas menegenai persiapan muktamar Muslimat PAS pada hari ini, khamis, 30 Ogos.

Muktamar Muslimat tahun ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu Kilk untuk dapatkan jadual Muktamar Muslimat

Katanya, Persiapan tempat muktamar, kad jemputan kepada VIP telah diedarkan dan pendaftran perwakilan dan pemerhati daripada setiap negeri telah dibuat awal.

Beliau menambah, gerai jualan dan rumah penginapan untuk pimimpin, petugas dan pemerhati serta perwakilan telah pun selesai.

“kita bersedia menerima kehadiran pemerhati secara walk-in khasnya bagi Muktamar Tahunan DMPM yang akan diadakan pada 14 September 2018,

“dan satu program Khas kepada wanita iaitu Malam Muslimat Berselawat dengan penampil khas oleh Dato’ Dr Norhafizah Musa dan Heliza Helmi,” jelasnya.

Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Klik Untuk Lokasi

Menurut Zarani, para petugas dan sukarelawan yang terdiri daripada Ameerah, Briged dan Nusaibah digesa agar bersiap sedia dengan sihat fizikal dan minda untuk melaksanakan tugas.

Kata beliau, muktamar Dewan-dewan dan PAS Pusat akan berlangsung selama empat hari dari 13 sehingga 16hb September.

“Kita harus melaksanakan tugasan yang diberikan dengan paling cemerlang dan berusaha melayani serta menyantuni tetamu luar (daripada) Terengganu,

“dan yang penting semoga muktamar berjalan dengan lancar dan licin serta menjadi kenangan yang tersemat dihati para perwakilan dan pemerhati sera menjadi negeri untuk sentiasa dikunjungi,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here