Home Muktamar62 Artikel Muktamar Setuju Sebulat Suara Dengan Usul Memperkasa DHPP

Muktamar Setuju Sebulat Suara Dengan Usul Memperkasa DHPP

171
SHARE

 

KOTA BHARU, 3 Jun: Wakil PAS Kawasan Titiwangsa telah mengemukakan usul pemerkasaan parti bertajuk ‘Memperkasa Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)’ dalam agenda mendekati para pengundi-pengundi non-muslim.

Menurutnya, ‘Peranan DHPP bersama PAS perlu diperluaskan lagi demi memperkasakan PAS pada hari ini.’

Sehubungan itu, PAS Kawasan Titiwangsa mengusulkan supaya PAS Pusat memperkasakan lagi DHPP yang sedia ada serta memastikan organisasi DHPP lebih mantap dan tersusun di semua peringkat.

Selain itu, turut dicadangkan untuk mewujudkan kad keahlian DHPP kepada ahli-ahli yang telah mendaftar sebagaimana yang diberikan kepada ahli-ahli PAS agar ahli-ahli DHPP merasai kebersamaan dengan parti PAS.

” Untuk memastikan pengundi-pengundi DHPP non-Muslim tahu apa itu DHPP, kami menggesa pimpinan PAS Pusat serta DHPP di peringkat pusat turun ke negeri-negeri dan kawasan-kawasan untuk memberi penerangan,” ujarnya lagi.

Hal ini selari dengan usaha PAS dalam memastikan dakwah kita kepada ahli DHPP diteruskan dan dasar PAS sebagai parti dakwah dan siyasah.

Turut membahas usul ini adalah Cik Kumuta, wakil DHPP Negeri Johor turut menyatakan sokongan penuh terhadap usul ini.

Menurut beliau, DHPP akan terus berusaha membantu YB Dr Najihatussalihah Ahmad di PRK Kuala Kangsar dan YB Dr Abdul Rani Osman di PRK Sg Besar akan datang serta bersedia memberi penerangan kepada non-muslim yang lain tentang PAS dan perjuangannya sebagai menunai tanggungjawab ikhlas seperti yang termaktub dalam perlembagaan DHPP.

Cik Kumuta juga menyarankan agar semua masyarakat meneliti perlembagaan PAS dengan sebaik mungkin