Home Muktamar PAS Ke 63 Dewan Ulamak Mursyidul AM Rakam Tahniah Kepada Terengganu Laksana Hukuman Sebat

Mursyidul AM Rakam Tahniah Kepada Terengganu Laksana Hukuman Sebat

5
0
SHARE

MURSYIDUL AM RAKAM TAHNIAH KEPADA TERENGGANU LAKSANA HUKUMAN SEBAT

Oleh: Asyraf Hanif

Kuala Terengganu, 13 Sept – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan PAS Terengganu kerana telah berjaya melaksanakan hukuman sebatan syariah terhadap pesalah Lesbian baru-baru ini.

“Tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Terengganu kerana telah berjaya melaksanakan hukuman sebat syariah yang telah membuka mata dunia tentang undang-undang jinayat Islam yang mendidik bukan yang mendera.” Katanya.

Baru-baru ini, negara telah digemparkan dengan hukuman sebatan yang telah dilakukan terhadap pesalah lesbian di Terengganu sehingga mendapat liputan meluas dari seluruh dunia.

Kedua wanita tersebut telah didakwa mengikut Sekyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah atas kesalahan ingin melakukan hubungan seks sesama jantina di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here