Home Muktamar60 Artikel Muslimat Bantu Wanita Memperkasakan Ekonomi dan Kebajikan

Muslimat Bantu Wanita Memperkasakan Ekonomi dan Kebajikan

134
SHARE
SKUDAI, 17 Sept – Masyarakat pada hari ini lebih cakna isu ekonomi berbanding isu politik. Ditambah dengan ketidakstabilan ekonomi yang memberi kesan berantai kepada masyarakat, wanita-wanita di luar sana berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya cabaran ekonomi. 

Melihat keadaan ini, Muslimat PAS disaran memberi fokus pada isu ekonomi dan memberdayakan kefahaman tentang keadaan ekonomi Negara sebagai wasilah dakwah kepada masyarakat. 
 
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam ucaptamanya mengusulkan supaya Pusat Khidmat Masyarakat dan Markaz PAS digunakan sebagai one stop center dan tempat rujukan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai informasi & bantuan. 
 
“Dengan membantu dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan penekanan terhadap amalan jujur dan amanah ia sebahagian daripada dakwah berkesan kita kepada masyarakat,” tambahnya.