Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muslimat Berkampung di Terengganu Darul Iman

Muslimat Berkampung di Terengganu Darul Iman

106
SHARE

Muslimat Berkampung di Terengganu Darul Iman

Oleh: Amirah Abdullah

KUALA TERENGGANU, 14 Sep – Ahli Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dari seluruh negara membanjiri negeri Terengganu Darul Iman bagi menghadiri Muktamar Tahunan DMPM kali ke-63. Kehadiran yang memberangsangkan ini sebagai bukti wanita merupakan tonggak dan juga sebahagian daripada penyumbang utama kepada kejayaan PAS pada hari ini.

Dalam ucaptama beliau, Ustazah Nuridah Salleh selaku Ketua DMPM mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua ahli DMPM kerana turut menggembeleng tenaga dalam menjayakan agenda organisasi PAS sehingga membawa kepada kemenangan majoriti besar kepada PAS Terengganu dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 yang lepas.

Menurut beliau, kemenangan ini cukup bermakna apabila PAS berjaya mendapatkan semula negeri Terengganu dan mengekalkan kedudukannya di Kelantan. Seterusnya PAS mula menjadi pilihan di hati rakyat negeri Tok Gajah, Pahang.

Kejayaan dakwah dan jihad di medan lapangan ini sebenarnya hasil kerjasama dan usaha setiap ahli yang berada posisi masing-masing termasuklah ahli DMPM. Itulah pentingnya peranan DMPM bagi memenangi hati masyarakat.

Ustazah Nuridah juga menyeru supaya seluruh ahli DMPM supaya istiqamah dalam perjuangan Islam ini.