Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muslimat Berselawat ‘Full House’

Muslimat Berselawat ‘Full House’

4
SHARE

Muslimat Berselawat ‘Full House’

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Suasana program Muslimat Berselawat telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada para hadirin semalam.

Program tersebut telah berlangsung secara tertutup dan khas untuk wanita sahaja di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Para penonton mula memasuki dewan tersebut kira – kira seawal jam 7.30 malam lagi.

Kehadiran para penonton yang membanjiri tempat duduk ternyata memberi signal positif terhadap sambutan program tersebut.

Sementara menunggu konsert bermula pada pukul 9 malam, mereka berpeluang membeli pelbagai barangan yang dijual di sekitar lokasi itu.

Malah, penonton turut ikut serta berselawat apabila artis jemputan Heliza dan Hazwani Helmi mengalunkan persembahan “Jom Berselawat”.

Ternyata, ia satu pengalaman hebat yang cukup berbaloi dan pasti akan dikenang untuk tempoh yang lama.