Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muslimat Berselawat Tiup Roh Perjuangan

Muslimat Berselawat Tiup Roh Perjuangan

4
SHARE

Muslimat Berselawat Tiup Roh Perjuangan

Oleh: Ramizah Rahmad

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Kemeriahan Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke 58 hari ini diteruskan lagi dengan Program Muslimat Berselawat di sebelah malamnya.

Program Muslimat Berselawat ini mendapat sambutan luar biasa dari para pengunjung sekitar Kuala Terengganu sehinggakan tiada kerusi kosong dan ada yang sanggup duduk bersila di atas karpet asalkan dapat menjamu mata dan telinga dengan persembahan yang berlandaskan shariah itu.

Terdapat satu slot dalam program ini yang diberi nama Belasungkawa di mana para hadirin dihidangkan dengan tayangan montaj yang memaparkan foto para pimpinan dan pejuang PAS yang istiqamah dengan perjuangan Islam ini hinggalah kembali ke rahmatullah.

Slot ini juga diselitkan dengan selawat dari kumpulan ILHAM AKIFI bersama suara latar Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang mengajak para hadirin untuk tidak meratapi pemergian pejuang – pejuang agama Allah namun tangisilah nasib diri jika tidak mampu meneruskan perjuangan mereka.

Slot ini benar – benar menjentik hati – hati hadirin yang hadir sehinggakan ada yang menitiskan air mata sekaligus menyuntik kembali semangat dan roh perjuangan dalam diri para muslimat haraki khususnya.