Home Muktamar62 Artikel Muslimat Desak JAKIM Menjaga Kebajikan Guru Kafa

Muslimat Desak JAKIM Menjaga Kebajikan Guru Kafa

144
SHARE

KOTA BAHARU : Perwakilan Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang sedang berlangsung di Dewan Jubli Perak pagi ini sebulat suara meluluskan usul untuk mendesak kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memperkasakan polisi hak pekerja guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh Malaysia supaya kebajikan mereka lebih terbela.

Usul ini telah dibentangkan oleh perwakilan dari kawasan Rompin Pahang. Menurut beliau, golongan pendidik ini tidak menikmati kenaikan tangga gaji serta lantikan jawatan tetap walaupun telah berkhidmat selama lebih 20 tahun sebagai guru KAFA.

“Guru-guru KAFA ini hanya ditawarkan jawatan secara kontrak. Tambahan itu, elaun guru KAFA juga terlalu rendah dan tidak selaras di antara setiap negeri”.