Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Muslimat Diseru Menanam Dengan ‘Tanaman Berkualiti’

Muslimat Diseru Menanam Dengan ‘Tanaman Berkualiti’

89
SHARE

Muslimat Diseru Menanam Dengan ‘Tanaman Berkualiti’

Oleh : Rabiatul Adawiyah

Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-60 untuk hari kedua diberi suntikan semangat baru oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Salamiah Mohd Nor.

“Marilah kita menanam dengan tanaman berkualiti. Mari kita berazam untuk berjual beli dengan Allah SWT”, ujar Ustazah Salamiah.

Sehubungan dengan itu, beliau turut melancarkan tabung jihad khas Tabung Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Para petugas mengedarkan beg khas untuk kutipan derma para hadirin dan muktamirat yang hadir pada sidang muktamar hari ini.

Tabung ini adalah antara usaha DMPM untuk menyuburkan budaya dermawan  di kalangan pimpinan dan ahli Muslimat bagi meneruskan kelestarian inisiatif-inisiatif program kebajikan.