Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muslimat Diseru Tingkatkan Ketaatan; Elak Perkara Melalaikan

Muslimat Diseru Tingkatkan Ketaatan; Elak Perkara Melalaikan

88
SHARE

Muslimat Diseru Tingkatkan Ketaatan; Elak Perkara Melalaikan

Oleh: Ibnat Hannan

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) hari ini turut menyentuh kepentingan taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT serta memenuhi tuntutan ketaatan kepadaNya.

“Dalam kesempatan ini, saya ingin mengajak muslimat mujahidah semua untuk sentiasa taqarrub kepada Allah SWT dan berusaha merealisasikan ciri-ciri mukmin yang berjaya sebagaimana tercatat dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1 – 11,” ujar beliau di hadapan para perwakilan dan pemerhati yang hadir ke Muktamar DMPM kali ke-58 itu.

Tambahnya, muslimat AKIFI mesti mempunyai jadual munajat sendiri dan sentiasa memperbaiki amalan masing – masing selain meletakkan setinggi – tinggi pengharapan hanya kepada Allah SWT.

Selain itu, beliau turut mengingatkan para perwakilan dan pemerhati agar tidak membuang masa dengan hiburan yang melalaikan serta fitnah di media sosial.

“Peliharalah diri kita daripada fitnah zaman siber dalam membentuk sikap kita agar berjiwa merdeka dan tidak mudah dipengaruhi anasir-anasir luar,” katanya.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut memetik kata-kata Umar Al Khattab RA yang pernah berkata, “Aku takut terhadap dosa-dosa yang kita lakukan akan menyebabkan kita kalah menghadapi musuh.”