Home Muktamar PAS Ke 63 Dewan Muslimat Muslimat Gesa Ahli Jangan Sibuk Bertengkar di Media Sosial

Muslimat Gesa Ahli Jangan Sibuk Bertengkar di Media Sosial

1652
SHARE

Muslimat Gesa Ahli Jangan Sibuk Bertengkar di Media Sosial

ALOR SETAR, 1 Mei – Ahli-ahli PAS digesa supaya tidak terlalu sibuk berinteraksi di media sosial sehingga terlibat dalam pertengkaran yang boleh merugikan, kata Ketua Dewan Muslimat Ustazah Nuridah Salleh dalam ucapan penggulungan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab persoalan yang diutarakan perwakilan semalam yang mengatakan DMPM lebih banyak mendiamkan diri dari mengulas lanjut isu putus tahaluf siyasi bersama PKR.

Katanya, DMPM telah mengambil tindakan sejak tahun lalu dan menyerahkan tindakan seterusnya kepada Majlis Syura Ulamak selepas usul tersebut lulus tanpa bahas semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Khamis lalu.

Wakil DMPM menyampaikan sumbangan

Tambahnya lagi, ramai ahli yang cenderung untuk bertengkar di media sosial sedangkan ada isu yang wajar disampaikan secara terbuka dan ada yang lebih baik didiamkan.