Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Muslimat Harus Proaktif Di Media Sosial

Muslimat Harus Proaktif Di Media Sosial

237
SHARE

Muslimat Harus Proaktif Di Media Sosial

Oleh : Amirah Abdullah

Serangan media sosial dikenalpasti sebagai punca utama yang menyebabkan kekalahan PAS pada PRU-14.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, “Di antara hasil post-mortem PRU lepas, kita mendapati faktor serangan media sosial menyumbang kepada peratusan tertinggi (75%) yang membawa kepada factor kekalahan PAS.”

DMPM memandang media sosial sebagai medium alternatif penting untuk menyalurkan maklumat kepada golongan wanita kerana mereka juga merupakan pengguna terbesar media sosial.

Beliau ada menyebut, “Saya percaya golongan wanita juga tidak ketinggalan dalam kepesatan penggunaan media sosial.”

Oleh itu, Muslimat perlu lebih proaktif melakukan penambahbaikan dengan menguasai kemahiran media sosial serta membina jaringan kerjasama bersama entiti PAS yang lain seperti Jabatan Penerangan PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam menjalankan gerak kerja di lapangan ini sebagaimana teguran YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucapan beliau.