Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muslimat PAS Komited Bantu Mangsa Bencana Alam

Muslimat PAS Komited Bantu Mangsa Bencana Alam

253
SHARE

Muslimat PAS Komited Bantu Mangsa Bencana Alam

Oleh : Nadzirah Mohd Nizar

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) melalui badan bukan kerajaan (NGO) PAS Relief, terus komited dalam menangani isu – isu kemanusiaan.

Dalam ucaptama Ketua DMPM sempena Muktamar DMPM kali ke-58, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyeru agar mangsa bencana alam diambil cakna dan diberi perhatian sewajarnya.

Terbaru, beliau memaklumkan PAS Relief akan ke Lombok bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa tragedi gempa bumi dahsyat yang melanda daerah itu pada akhir Julai dan awal Ogos lalu.

Susulan dari itu, beliau telah mengisytiharkan pelancaran tabung derma jihad untuk membantu mangsa gempa bumi di situ serta kawasan lain yang turut memerlukan sumbangan.

“Marilah kita menghulurkan bantuan serta infaq sedekah jariah bagi membantu mereka,” ujar beliau.