Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Muslimat PAS Mengambil Langkah Mesra Masyarakat

Muslimat PAS Mengambil Langkah Mesra Masyarakat

122
SHARE

Muslimat PAS Mengambil Langkah Mesra Masyarakat

Oleh : Amirah Abdullah

KUANTAN, 15 Jun – Muslimat PAS diingatkan supaya menonjolkan imej mesra masyarakat dengan membezakan program parti serta program umum.

Langkah ini bagi memastikan semua wanita Islam khususnya, dapat merasai cara hidup dan keindahan Islam.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata semasa ucaptama Muktamar Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) kali ini, “Tindakan keempat iaitu membezakan imej dan program parti serta program umum supaya Muslimat PAS tidak sekadar membawa imej ekslusif, tetapi sebaliknya imej mesra masyarakat untuk memastikan semua wanita Islam khususnya, dapat mengetahui cara hidup dan keindahan Islam.”

Tanggungjawab ini akan dijalankan oleh Kluster Penerangan dan Komunikasi Korporat.