Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat Muslimat PAS Pendidik Ummah

Muslimat PAS Pendidik Ummah

238
SHARE

Muslimat PAS Pendidik Ummah- Perak

Oleh: Ibnat Hannan

KUANTAN, 15 Jun – Wakil Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dalam ucapan penangguhannya petang tadi berkata situasi semasa yang sangat menggugat akidah dan minda umat Islam masa kini menyebabkan Muslimat PAS perlu berperanan besar untuk memikul tanggungjawab menjadi pendidik ummah.

Oleh itu, Muslimat wajar melengkapkan diri dengan pengetahuan luas duniawi dan ukhrawi serta mampu menjadi pendakwah sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Tambahnya lagi, Muslimat PAS wajar menghadam dan menghayati hala tuju sistem pendidikan yang diutarakan oleh Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) tajaan PAS antaranya menekankan sistem pendidikan berteraskan nilai spiritual, holistik dan meraikan kepelbagaian potensi insan.

“Kami, Muslimat PAS Perak, menggesa semua ahli PAS mendokong dan menyokong sepenuhnya institusi pendidikan PAS seperti PASTI, SRITI, SMITI, ILHAM dan APSA,” ujarnya sambil mencadangkan bajet institusi agama seperti pusat tahfiz dan sekolah agama wajar ditambah.

Di samping meluahkan bantahan terhadap pengiktirafan UEC yang dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Nur Habsah Md Isa juga mengusulkan agar sistem pengasingan ras atau kaum dalam pendidikan wajar dimansuhkan demi merealisasikn perpaduan nasional.

DMPN Perak turut menyeru semua hadirin memandang serius kewajaran menjadikan kedudukan Bahasa Arab setanding dengan Bahasa Inggeris memandangkan bahasa itu juga bahasa ilmu yang wajar dikuasai.

“Hanya Islam sahaja yang menjadi teras dalam sistem pendidikan negara yang membuahkan kesejahteraan dan melahirkan generasi rabbani yang bersesuaian untuk semua bangsa di negara ini khasnya, dan ummah amnya.”