Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muslimat Perlu Fokus Memberi Penerangan Antara Kaum

Muslimat Perlu Fokus Memberi Penerangan Antara Kaum

2
0
SHARE

Muslimat Perlu Fokus Memberi Penerangan Antara Kaum

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Perwakilan Sabah dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kali ini berkongsi tajuk pembentangan sama iaitu Perpaduan Nasional dan DHPP.

Nurjanah Jamjam, wakil Sabah mengetengahkan cadangan supaya DMPM merangka aktiviti penerangan yang tersusun kepada kaum-kaum lain.

Ulas beliau, kefahaman Islam kepada kalangan bukan Islam perlu ditekankan terutama buat penduduk di negeri Sabah.

“DMPM perlu menganjurkan ceramah kelompok mengenai keadilan Islam kepada semua kaum bagi menambah kefahaman mereka.

“Kami berharap ada usaha yang terancang untuk DMPM dan DHPP turun ke Sabah,” ujar beliau.

Manakala, Cik Kumutha pula menggesa pihak kerajaan supaya memberikan tumpuan utama untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Mengakhiri ucapan, Cik Kumutha sempat menyatakan sokongannya terhadap RUU 355; usul persendirian yang telah dibentangkan Presiden PAS tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here