Home Muktamar60 Artikel Muslimat Seru Adab Menegur, Perkasakan PAS

Muslimat Seru Adab Menegur, Perkasakan PAS

161
SHARE
SKUDAI, 17 Sept – Muslimat PAS diseru supaya mengamalkan adab menegur di dalam jemaah samada kepada ahli ataupun pimpinan.
 
Menyokong ucaptama ketua dewan itu, perwakilan Negeri Sabah menyarankan perbincangan mengikut adab yang betul dalam ruang lingkup kasih sayang dan ukhuwah agar jauh daripada perselisihan dan permusuhan.
 
“Malah, Muslimat PAS juga diseru agar semua Muslimat PAS memperkasakan jemaah di peringkat muslimat melalui pemerkasaan dakwah dan tarbiah di setiap peringkat.
 
Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, beliau menegur kerajaaan agar lebih amanah dalam pelbagai kes di Malaysia terutama kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi seperti isu jenayah yang terjadi disebabkan kebanjiran PATI sekaligus membela rakyat marhain yang tertindas.
 
Dalam isu GST, Muslimat PAS Sabah menyokong usul untuk menolak GST terutama di Sabah yang umum mengetahui Sabah mempunyai rakyat termiskin di Malaysia.
 
Muslimat PAS Sabah juga menggesa agar media massa dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
 
Selain itu, DMPS juga menyarankan agar penyokong dan pendokong untuk menggunakan media sosial untuk kepentingan jemaah dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.