Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat Muslimat Terengganu Terharu Dipilih Sebagai Tuan Rumah

Muslimat Terengganu Terharu Dipilih Sebagai Tuan Rumah

2
0
SHARE

Muslimat Terengganu Terharu Dipilih Sebagai Tuan Rumah

Oleh: Rabiatul Adawiyah

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia kali ke-58 yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam memberi erti simbolik tersendiri bagi ahli PAS pasca kemenangan PAS di Terengganu pada PRU14 yang lalu.

Wakil Dewan Muslimat PAS Terengganu meluahkan rasa terharu apabila Terengganu dipilih menjadi lokasi Muktamar PAS Pusat kali ke-64 khususnya Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia di Taman Tamadun Islam.

Melalui tajuk, ‘Politik, Piliharaya dan Hubungan Antarabangsa’, wakil Muslimat Terengganu, Puan Hajah Zarani Othman mengharapkan penjelasan dari DMPM mengenai konsep tahalluf dan taawun demi Islam yang dibawa PAS.

Selain itu, beliau turut menggesa agar PAS menjadi peneraju kepada isu yang berlegar di arena politik antarabangsa khususnya berkaitan isu umat Islam.

“Saya mengucapkan tahniah kepada DMPM dengan keterlibatan dalam PASRelief yang telah menghantar misi bantuan ke Rohingya dan Syria, juga bantuan ke Lombok pada masa akan datang”, ujar Puan Zarani.

Sementara itu, beliau turut menarik perhatian muktamirat terhadap perlantikan YB Mumtaz sebagai AJK Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia dan menjelaskan peluang besar PAS dalam arena antarabangsa.

“Menyedari kepelbagaian sasaran mad’u di Malaysia, kita harus memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS ke negeri-negeri juga”, tambah beliau disamping berharap agar Muslimat PAS menjaga ukhuwah dan akhlak serta memelihara hubungan dengan Allah SWT.

SHARE
Previous articleCabaran Merekrut Murabbitun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here