Home Muktamar60 Artikel Muslimat Teruskan Agenda Tawan Hati Pengundi

Muslimat Teruskan Agenda Tawan Hati Pengundi

140
SHARE

SKUDAI, 17 Sept – Dewan Muslimat PAS hari ini menyatakan komited dewan itu dalam mengekalkan kemenangan PAS dalam pilihanraya akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata Muslimat PAS mestilah komited menjadi rakan gandingan dengan setiap lapisan masyarakat khususnya kaum wanita.

“Mereka hendaklah memahami kehendak dan suara hati kaum wanita serta mampu turut bersama mendokong aspirasi dan memperjuangkan idealisma mereka selama mana tidak bertentangan dengan Islam sebagai dasar perjuangan kita,” jelas beliau dalam ucaptama hari ini.

Bagi meneruskan agenda menawan hati pengundi-pengundi, beliau menyeru supaya jentera pilihanraya Muslimat PAS menguasai dan memahami lima isu yang sangat dekat dengan hati dan kehidupan masyarakat.

Isu ekonomi, isu kerjaya, isu keluarga, isu kesihatan dan isu spiritual perlu dihadamkan oleh semua jentera muslimat bagi memudahkan PAS mengatur strategi dan gerakkerja pilihanraya akan datang.

Tambahnya, Muslimat PAS perlu memenangi hati pengundi Melayu, pengundi wanita serta Pengundi Sabah & Sarawak kerana tiga pengundi teras ini adalah sasaran mengekalkan kemenangan dan memenangi semua kawasan ‘marginal seat’ seluruh Malaysia.