Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Muslimat MusMedik Tawarkan Kaunseling Perubatan Sambil Beramal

MusMedik Tawarkan Kaunseling Perubatan Sambil Beramal

146
SHARE

MusMedik Tawarkan Kaunseling Perubatan Sambil Beramal

Oleh: Ibnat Hannan

KUANTAN, 15 Jun – Sejak ditubuhkan lapan tahun lalu, Muslimat Medikal Team (MusMedik) terus relevan menjadi produk kebajikan DMPM.

Ketika ditemui di reruai MusMedik sempena Muktamar DMPM hari ini, Dr Reen Mohd Amin, berkata antara aktiviti MusMedik yang bertujuan untuk merakyatkan PAS dalam kalangan masyarakat adalah ‘Ziarah Musmedik Prihatin’ serta karnival kesihatan ‘Kami Prihatin Kesihatan Anda’ (KPKA).

Beliau yang merupakan ketua unit itu menjelaskan pihak MusMedik juga memberikan latihan asas kesihatan kepada mereka yang tidak mempunyai latar belakang perubatan menerusi program ‘Skuad MusMedik Training’.

Selain pameran tentang aktiviti yang pernah dijalankan, pihak MusMedik turut mengadakan kuiz interaktif ‘Kahoot’ serta edaran pamplet di reruai tersebut.

Terdapat juga jualan produk – produk MusMedik seperti kit ‘MusMedik’, buku-buku berkaitan kesihatan dan lain-lain.

Para pengunjung yang berminat boleh menjalani pemeriksaan kesihatan di bilik rawatan di situ, malah mereka boleh mendapatkan khidmat pertolongan cemas jika kurang sihat.