Home Muktamar62 Artikel Negeri Sembilan Pertegas Laksana Politik Yang Adil

Negeri Sembilan Pertegas Laksana Politik Yang Adil

84
SHARE

 

KOTA BHARU – Tuan Haji Rafiei Mustapha, perwakilan Negeri Sembilan dalam ucapannya menegaskan bahawa politik adalah ibadah, pastinya berkait dengan segala tindakan, amalan dan percakapan adalah untuk beribadah kepada Allah Taala.
 
Firman Allah swt, tidaklah diciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mereka menyembah Allah’.
 
Jelasnya, apa yang penting dalam ibadah adalah niat. Budaya Politik Matang dan Sejahtera sudah tergambar jelas apa yang mahu dicapai, apa yang menjadi objektifnya adalah niat.
 
“Cuma nanti sejauh mana matlamat ini dapat kita terjemahkan supaya benar-benar dapat memberi makna yang tepat ke atas gagasan yang dibawa oleh Dato’ Seri Tuan Guru Presiden.
 
“Senario politik negara kita memperlihatkan betapa rosaknya amalan politik negara kita.

“Misalnya, apabila persempadanan kawasan pilihan raya hendak dilaksanakan, apakah niat yang sebenarnya? Sebenarnya perkara ini tidak berlaku mengikut acuan politik yang sebenar’
 
Beliau berkata, ketika mereka cuba mengubah persempadanan pilihan raya, sebenarnya untuk mengekalkan kemenangan bukan untuk memenuhi keperluan dan keadilan untuk rakyat.
 
Sehubungan itu, beliau turut menyeru agar kembali kepada peranan amanah kita kepada ALlah sebagai langkah memohon agar  keberkatan hadir kepada seluruh umat manusia dan melimpah ruahnya rezeki dan rahmat ke seluruh alam.