Home Muktamar PAS Ke 64 NGO ,NGI Pendesak Utama Pertahankan Hak

NGO ,NGI Pendesak Utama Pertahankan Hak

3
SHARE

Oeh: Farouk Hamzah

KUALA TERENGGANU, 16 Sept : Peranan NGO sangat penting terutama pada Pilihan Raya Umum 14 lalu

“Pada PRU 14, NGO dan NGI sangat penting daripada PRU12, contohnya NGO BERSIH telah menjadi sebagai ‘pressure group’ dan telah memberi sumbangan yang signifikan kepada PH.

“Tokoh-tokoh yang terlibat ini telah menjadi tokoh kerajaan pada hari ini,” kata Saudara Kamaruzaman selaku wakil lajnah hubungan NGO PAS Pusat.

Katanya pasca PRU 14, NGO dan NGI terus menjadi kumpulan pendesak kepada pembentukan dasar-dasar baru polisi kerajaan pada hari ini untuk mencorakan sesebuah pemerintahan negara.

Ulasnya, pada PRU 14, PAS telah melakukan lonjakan signifikan dan pada PRU 15 PAS perlu teruskan lonjakan tersebut iaitu PAS perlu turun kepada masyarakat dan mempunyai kerajaan yang cemerlang dari sudut organisasi seterusnya memperbanyakkan NGO dan NGI yang mesra kepada PAS.

Justeru katanya, PAS juga perlu menyelamatkan NGO yang sedia ada dalam parti untuk membantu kemenangan PAS pada PRU akan datang.