Home Muktamar61 Artikel Nik Abduh menang jawatan ketua Pemuda PAS

Nik Abduh menang jawatan ketua Pemuda PAS

130
SHARE

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017.

Beliau mengalahkan penyandang sebelum ini, Suhaizan Kaiat dengan perbezaan 166 undi.

Beliau mendapat 429 undi berbanding Suhaizan yang mendapat 263 undi pada pemilihan sempena Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke 56.

Kata Nik Abduh, undi yang diterima Suhaizan merupakan sempadan serta peringatan untuk beliau bertugas dengan lebih baik kepada Pemuda PAS.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada yang memilih saya pada pemilihan kali ini, jika sebelum ini saya mengumumkan untuk meninggalkan Dewan Pemuda PAS tapi kemenangan ini mengembalikan semula saya.

“Saya turut mengingati diri saya, dengan undi yang diterima Suhaizan ia merupakan satu peringatan kepada saya untuk bertanggungjawab kepada Pemuda PAS,” katanya sejurus keputusan diumumkan.

Beliau akan menjelajah keseluruh negara bagi bertemu dengan seluruh pemuda di peringkat negeri dalam menyatu padu perpaduan sebelum ini.

Nik Abduh yang menerima kemenangan dengan rendah diri itu turut mengingatkan agar ahli tidak mengkritik serta mempersenda mereka yang tidak dipilih pada pemilihan kali ini. – HARAKAHDAILY 3/6/2015