Home Muktamar PAS Ke 66 Dewan Muslimat Norma Baru Muktamar Muslimat Cipta Sejarah

Norma Baru Muktamar Muslimat Cipta Sejarah

573
SHARE

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR : Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) membuka tirainya secara rasmi pada hari ini, 11 September 2020 dalam suasana norma baharu dan dikawal ketat bagi mengambil kira wabak Covid-19 yang masih menular.

Hal itu selaras dengan kelulusan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya muktamar diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Muktamar DMPM kali ini diadakan di Hotel Premiera Kuala Lumpur di mana para petugas, perwakilan dan tetamu jemputan dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan.

Memetik sumber Muslimat Medical Team (MusMedik), hanya mereka yang melepasi saringan MusMedik dan suhu dibawah 37.4 sahaja dibenarkan menyertai muktamar mahupun bertugas.

Selain itu, penggunaan mask adalah diwajibkan dan penjarakan sosial akan dipantau sepanjang muktamar berlangsung.

Muktamar DMPM dijadualkan bermula jam 8.00 malam ini dengan ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Saleh.