Home Muktamar62 Artikel Para Perjuang Hendaklah membuat Persiapan ilmu Yang Hebat

Para Perjuang Hendaklah membuat Persiapan ilmu Yang Hebat

99
SHARE

 

KOTA BHARU: Ustaz Azhar Yahya pensyarah Kolej Univerisiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) mengingatkan para perwakilan agar mempersiapkan diri dengan ilmu yang mantap sebagai bekalan perjuangan.

Mewakili PAS Wilayah Persekutuan beliau menegaskan kepentingan memahami dan mendalami ilmu fiqh bagi menempuhi badai pejuangan dakwah, tarbiyah dan politik yang penuh ranjau duri dan onak yang berliku.

“Kita hendaklah memahami ilmu fiqh yang lima antaranya fiqh aulawiyat, fiqh muazanat dan sebagainya,” tegas beliau lagi yang juga merupakan Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan.

Selain itu, sebagai ahli harakah Islam kita hendaklah menerangkan fungsi serta peranan fiqh tersebut. Ini kerana ada sebahagian orang yang menyalahguna penggunaan fiqh maqasid sehingga menyesatkan orang ramai.

Akhir kata beliau menegaskan agar para pimpinan dan ahli meningkatkan ibadah kepada Allah serta melazimi solat istikharah sebelum melakukan mesyuarat, agar rahmat dan bantuan Allah turun membantu jemaah ini.