Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Ulamak Para Ulamak Perlu ‘Tertib’ Dalam Dakwah 

Para Ulamak Perlu ‘Tertib’ Dalam Dakwah 

104
SHARE
Para Ulamak Perlu ‘Tertib’ Dalam Dakwah 
Oleh: Wartawan DUPP
Kuala Terengganu – Perwakilan daripada Pahang , Tuan Guru Ahmad Nafiri mengingatkan agar para Ulamak lebih tertib dalam penyampaian ilmu.
Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan tertib itu ialah lebih berilmiah dalam menyampaikan mesej Islam.
Beliau menegur sebilangan para asatizah yang tidak memperincikan tentang hukum hakam kepada masyarakat tetapi hanya berpada kepada kupasan kupasan umum sahaja.
Menurut beliau,  kegagalan memberikan kupasan terhadap sesuatu isu akan menyebabkan masyarakat tidak benar benar merasai kefardhuan sesuatu hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.