Home Muktamar62 Artikel PAS Bawa Tema Islam Sebagai Penyelesaian

PAS Bawa Tema Islam Sebagai Penyelesaian

143
SHARE

PAS serta kepimpinannya akan tetap teguh dengan prinsip walau diasak segenap penjuru menguji dasar dan prinsip perjuangan PAS melalui tema ‘Inilah Penyelesaian Kita’ berintipatikan surah Al-Baqarah ayat 208-209.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِين. فَإِنْ زَلَلْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ الْبَيِّنَاتُ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.’

Ayat ini menjadi mesej kepada kawan, lawan serta musuh politik PAS berkenaan dengan apa yang dipertahankan, diperjuangkan dan diusahakan PAS.

Keimanan kepada konsep Islam sebagai Ad-Din yang sempurna memberi penegasan kepada kita bahawasanya sebarang usaha pemisahan politik, ekonomi dan setiap urusan duniawi merupakan satu penafian kepada petunjuk Al-Quran yang mana telah di aplikasikan secara praktikal oleh junjungan teragung Nabi Muhammad saw.

Sistem kerajaan Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhammad saw selepas proses hijrahnya dari Makkah ke Madinah telah menonjolkan kesyumulan dan kesejagatan sifat Islam dari segi interaksi politik, ekonomi, sosio budaya dan sebagainya.

Islam bukan sahaja untuk kesejahteraan Muslim semata-mata, bahkan turut melebar sejahtera dan rahmat kepada non-muslim serta seluruh makhluk di muka bumi Allah ini.