Home Muktamar PAS Ke 65 PAS bimbang pendirian Malaysia isu luar negara

PAS bimbang pendirian Malaysia isu luar negara

24
SHARE

Oleh: IZWAN ABDUL HALIM

KUANTAN: PAS menyuarakan kebimbangan terhadap Kerajaan PH yang memberi ruang terhadap perkembangan Syiah, selain terbaru menerima pula 12 drone Amerika bernilai RM80 juta secara percuma.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sama kini sedang berlaku pertembungan antara China dan Amerika di mana Malaysia didesak kekal polisi sebagai zon bebas dan aman.

“Bukan wujud campur tangan sokongan yang akhirnya memberi ruang kepada pihak lain menimbulkan suasana tidak aman dalam rantau ini. Kalau kita lihat realiti politik dunia Islam, hampir semua wilayah bergolak.

“Hanya wilayah kita masih tenang, kerana itu PAS punya peranan besar di mana Presiden PAS ke negara-negara tersebut menyatukan pemimpin Islam,” ujarnya menzahirkan penghargaan.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan ahli untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU15 pada bila-bila masa, selain menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. – HARAKAHDAILY 23/6/2019