Home Uncategorized PAS Dalam Kerajaan (BPMS)

PAS Dalam Kerajaan (BPMS)

577
SHARE

PAS DALAM KERAJAAN (BPMS)

Penglibatan PAS dalam memimpin beberapa buah negeri serta menyertai kerajaan campuran secara langsung dan tidak langsung telah memberi ruang kepada kita walaupun dengan kadar yang terhad. Selaras dengan kaedah:

ما لا يدرك كله لا يترك كله

“Apa yang kita tidak dapat semuanya, jangan ditinggalkan semuanya.”

Sekalipun kita tidak mencapai ke peringkat Tamkin (berkuasa sepenuhnya), namun ahli PAS hendaklah menjalankan tugas
di tempat masing-masing.

Sekurang-kurangnya menjadi teladan yang baik dari segi syakhsiah (integriti) dan kemampuan dalam melaksanakan tugas dengan jayanya.

Marilah kita mengulangi sejarah bahawa PAS tidak pernah rugi dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain selagi kita beristiqamah dengan Islam dan mempertahankan perpaduan (Penyatuan Ummah) ini dengan penuh kesabaran dalam menghadapi masalah dalaman umat dengan meneguhkan titik persamaan dan bertoleransi dalam perbezaan.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS