Home Muktamar62 Artikel PAS digesa tingkat usaha kukuhkan Blok Ketiga

PAS digesa tingkat usaha kukuhkan Blok Ketiga

134
SHARE

KOTA BHARU: Dr Haji Alias Razak menyebutkan dalam ucapan perbahasannya hari ini meminta kepimpinan PAS Pusat agar mengembalikan dan mengukuhkan sokongan terhadap parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurutnya lagi, pakatan Blok Ketiga amat penting dan berharap agar PAS bersungguh-sungguh menarik sokongan pelbagai pihak untuk bersamanya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pakatan Blok Ketiga ini betul-betul dipacu dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin, menenggelamkan pakatan yang cuba untuk menggugat dasar PAS.

Pakatan Blok Ketiga ditubuhkan PAS dengan matlamat memberi pilihan kepada rakyat yang mahukan pakatan yang mewakili aspirasi rakyat.

Setakat ini, pakatan Blok Ketiga dianggotai PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan bersedia menerima pihak lain untuk menyertai gabungan ini.