Home Muktamar60 Artikel Pas Gerakan Dakwah dan Politik

Pas Gerakan Dakwah dan Politik

129
SHARE

BATU PAHAT, 20 Sept – Ustaz Idris Ahmad dalam jawapan balas telah menegaskan bahawa PAS mempunyai silibus tarbiyyah yang cukup, memenuhi matlamat penubuhan PAS sebagai gerakan dakwah dan politik.

Beliau menyeru agar Perwakilan mengikuti usrah dengan silibus yang telah dirangka kerana dengan cara begitu sahaja, PAS mampu membentuk ahli yang kental untuk hadapi cabaran semasa.

“Dengan berpaksikan serampang dua mata, gabungan antara dakwah dan politik, PAS mampu bertahan lebih 63 tahun”, ujar beliau.

Bagi membentuk ahli yang responsif dan kompeten, PAS telah menubuhkan Institut Latihan Perkaderan dan Kepimpinan (ILHAM) yang beribu pejabat di Batu Caves, Selangor. Buat masa ini ILHAM diketuai oleh Prof Dr Asiah Ali dan akan 12 kali konvokesyen.

Harapan beliau agar semua ahli melalui pendidikan yang disediakan oleh Parti secara tertib selari dengan pelbagai modul yang dirangka sejak 1982.