Home Muktamar PAS Ke 65 Dewan Ulamak PAS Guna Pengalaman Bertahaluf dan Taawun Pertahan Kedaulatan Islam

PAS Guna Pengalaman Bertahaluf dan Taawun Pertahan Kedaulatan Islam

59
SHARE

Oleh : Aisyaa Yasmin

Indera Mahkota,20 Jun- Sebagai parti politik berwibawa dan matang, tumpuan utama perjuangan politik PAS adalah kepada kesejahteraan rakyat dan kepentingan Islam,demikian dijelaskan oleh Ketua Ulamak PAS, Dato’ Mahfodz Mohamed ketika mengimbau sejarah kerjasama PAS dengan beberapa badan parti lain.

Ulamak yang menghujahkan konsep taawun berpandukan wahyu Al Quran dan Hadis ini mengukuhkannya lagi dengan  memetik dalil surah  Fussilat ayat 33-34.

Selari dengan itu, beliau mengetengahkan sejarah kerjasama PAS dengan beberapa figura terkemuka seperti Dato’ Onn Jaafar, Kampo Radjo, Raja Nasrun Raja Ishak, Ahmad Nur dan lain-lain.

“PAS pernah membantu Dato’ Onn Jaafar selepas beliau menubuh Parti Negara, kemudian PAS pernah menjadi penggerak utama menubuhkan Harakah Keadlilan Rakyat (HAK) yang menggabugkan PAS di bawah kepimpinan Ustaz Yusuf Rawa bersama-sama PRSM di bawah kepimpinan Kampo Radjo , NASMA di bawah pimpinan Raja Nasrun Raja Ishak dan SDP di bawah pimpinan Ahmad Nur bagi menghadapi PRU 1986.” Jelasnya.

Ketika sama katanya, PAS pernah bersama Parti Melayu Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razali Hamzah dalam Angkatan Perpaduan Ummah APU yang menyertai PRU 190 dan 1995.

Kemudiannya bersama barisan alternatif untuk PRU 1999 sebelum bersama parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat pada PRU 14 .

Diikuti pula dengan Parti Ikatan,Berjasa dan Hamim yang bergerak melalui platfrom Gagasan Sejahtera.

Pun begitu tegasnya,kerjasama ini bukanlah berkiblatkan kuasa tapi berkiblatkan tauhid di samping langkah siyasah yang cermat dan penuh berhemah.