Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat PAS Hanya Tegakkan Yang Hak, Bukan Menunggang Agama – Ustaz Idris Ahmad

PAS Hanya Tegakkan Yang Hak, Bukan Menunggang Agama – Ustaz Idris Ahmad

199
SHARE

PAS Hanya Tegakkan Yang Hak, Bukan Menunggang Agama – Ustaz Idris Ahmad

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – PAS tidak pernah cair mempertahankan prinsip perjuangan walaupun sering dianggap sebagai penunggang agama, tegas Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan perasmian Muktamar DMPM kali ke 58 pagi ini.

Memetik ucapannya, beliau berkata tohmahan penunggang agama yang dilabelkan kepada PAS tidak pernah meruntuhkan semangat ahli.

“Pada Pilihan Raya Umum tahun 2008, kita mengumumkan Pakatan Rakyat.

“Kita tidak pernah cairkan prinsip dan dasar perjuangan walaupun bersama dalam pakatan.

“Apabila kami tak benarkan arak diminum oleh orang Islam, adakah kami menunggang agama? Terpulanglah!

“Kami yakin yang hak itu dari Allah,” tegasnya.