Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat PAS Iktiraf Perjuangan Non Muslim

PAS Iktiraf Perjuangan Non Muslim

178
SHARE

PAS Iktiraf Perjuangan Non Muslim

Oleh : ‘Aisyaa Yamin

KUALA TERENGGANU, 14 Sept – PAS menerusi penganugerahan Anugerah Wanita Cekal mengiktiraf perjuangan non muslim yang komited dalam menyokong Islam.

“PAS sangat terbuka dan mengiktiraf perjuangan wanita meskipun bukan Islam,” ujar Ustazah Salamiah.

Katanya juga, DMPM mahu wanita Islam yang tidak bersama PAS supaya berfikir bagaimana mereka (non muslim) boleh terfikir untuk menyokong Islam.

Anugerah tersebut disampaikan kepada Cik Kumutha merangkap wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dilihat cukup komited dan tabah mendepani cabaran memandangkan wakil DHPP dalam PAS tidaklah seramai keanggotaan muslim lain.

“Kita sangat berbesar hati dengan kesungguhan beliau walaupun menerima cabaran lebih hebat dari kami. Kita orang Islam perjuang Islam, beliau bukan Islam tapi komited,” selit Dr Rosni Adam semasa sidang media tadi.