Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Istiqamah Menyelamatkan Umat Dengan Islam

PAS Istiqamah Menyelamatkan Umat Dengan Islam

3
0
SHARE

Oleh: Farouk Hamzah

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Dato Seri Tuan Guru Haji Abdl Hadi Awang menegaskan PAS akan terus beristiqamah menyelamatkan masyarakat dengan islam kerana masyarakat islam yang tenggelam dalam dengan kejahilan dan agama lain terus tenggelam dengan kekeliruan serta fitnah ‘islamfobia’.

Katanya, masyarakat kini meletakkan ‘Alauwiyat’ mereka kepada masalah diri dan isi perut lebih dari segalanya tanpa menoleh ajaran agama islam.

Hal demikian ujarnya disebabkan oleh kejahilan masyarakat yang hanya menumpukan kepada kebendaan dan berkiblatkan hidup dunia.

PAS juga jelasnya berhadapan dengan suara-suara sumbang yang mencabar institusi agama, istana dan hak bumiputera, serta gerakan yang memperjuangkan fahaman librel, mazhab yang menyeleweng dan hunungan sejenis dilihat semakin berani menzahirkan diri dan bergerak bebas tanpa pengawalan.

“PAS perlu melipat-gandakan persediaan dan tindakan secara berstrategi dan meletakan keyakinan bahawa kemenangan yang dijanjikan Allah merupakan kurniaan kepada mereka yang ikhlas dan sabar dalam perjuangan,” katanya.