Home Muktamar PAS Ke 63 PAS Konsisten Bawa Mesej Islam

PAS Konsisten Bawa Mesej Islam

1886
SHARE

PAS Konsisten Bawa Mesej Islam

Oleh: All-Mu’izz Abas

KOTA SARANG SEMUT, 29 April – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pendirian parti itu akan terus mengamalkan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Presiden PAS menyatakan menerusi ucapannya, “Apabila mesej kita bawa menerusi PAS adalah bertujuan menyelamatkan manusia bersama Islam, maka konsep ‘Dakwah Bil Hikmah’ yang mengutamakan damai atau disebut ‘Muwajahah Silmiyyah’ hendaklah diutamakan.”

PAS yang membawa mesej dakwah mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh pemimpin yang membawa mesej Islam, menjadikan kedatangan Islam itu sebagai pemecah belenggu kezaliman bukannya penjajah yang memperhambakan rakyat dan merampas hartanya.

PAS akan terus berpegang teguh dengan Islam sebagai dasar dan tujuan.