Home Muktamar60 Artikel PAS kuat dengan tahaaluf siyasi

PAS kuat dengan tahaaluf siyasi

133
SHARE

BATU PAHAT, 18 Sept – Tahaaluf siyasi yang diamalkan PAS haruslah menguatkan parti bukan melemahkan, ujar Presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat Kali Ke 60 di Batu Pahat, Johor.

“Tahaaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. ¬†Amat malang bagi kita sekiranya tahaaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengucar kacirkan kita sehingga ada yang pening dan mabuk sehingga sanggup bercakaran sesama sendiri”

Haji Hadi juga mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli PAS agar berjuang dengan ikhlas kerana Allah berpaksikan aqidah tauhid dan bukan politik kosong semata-mata.

“Saya ingin mengingatkan pimpinan dan ahli parti, bahawa perjuangan kita adalah kerana Allah. Perjuangan kita kerana Islam, perjuangan kita adalah mata rantai sejak zaman Rasulullah SAW Perjuangan ini mestilah berada di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah. Bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh Barat. Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana kita berpaksikan kepada aqidah tauhid. “

PAS merupakan sebuah parti yang berpengalaman, dalam usia 50 tahun telah mengadakan pelbagai tahaaluf siyasi dengan hampir semua parti politik utama dalam Malaysia. Kejayaan terbesar parti ini adalah dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). PAS matang dalam mencernakan suasana dan berdepan dengan kepelbagaian.