Home Muktamar61 Artikel PAS Kukuhkan Kepimpinan Ulama, Angkat Peranan Professional

PAS Kukuhkan Kepimpinan Ulama, Angkat Peranan Professional

375
SHARE

KUALA SELANGOR, 4 Jun – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar yang bertemakan ‘Beristiqamah Hingga Kemenangan’ menegaskan ia istiqamah yang bukan satu retorik untuk mencapai kemenangan dunia yang sementara, tetapi yang paling besar ialah kemenangan akhirat yang berkekalan.

Abdul Hadi dalam dihujung ucapannya pagi tadi menggariskan tujuh perkara berkenaan bagi menghadapi apa juga cabaran yang sedang menunggu dengan mengambil tindakan-tindakan berikut :

  • Menyatakan kesetiaan kita kepada perjuangan Islam dengan penuh istiqamah, berdasarkan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT.

  • Fahami maksud kemenangan yang dinyatakan oleh Allah SWT. Kemenangan yang mahu dicapai adalah sebahagian dari usaha mendapatkan redha Allah SWT. Kita berjuang siang dan malam adalah kerana mencari redha Allah SWT. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita semua, dan jemaah yang menjadi platform perjuangan.

  • Marilah kita sama-sama memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan, dengan setiap dari kita bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam program tarbiyah yang dijalankan oleh jemaah. Tarbiyah inilah yang akan menyediakan diri kita untuk lebih faham dan yakin terhadap fikrah perjuangan ini yang sempadannya bukan sahaja di dunia tetapi hingga ke akhirat.

  • Mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat, semua Dewan-Dewan dan Lajnah, termasuklah Cawangan, Kawasan dan negeri. Saya menyeru kepada semua perwakilan dan pemerhati supaya merapatkan saf perjuangan bersendikan fikrah perjuangan yang jelas dan tulen, melipat gandakan gerakkerja amal jamaie dan Islammi, dengan tumpuan kepada halatuju perjuangan untuk meraih kemenangan di dunia melalui dakwah dan siasah berpilihanraya, serta menang pula di akhirat iaitu mendapat syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

  • Membawa mesej Islam sebagai penyelesaian kepada masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita ini. Semua pihak dan peringkat dalam organisasi ini mestilah memahami fiqhul-waqie, dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.

  • Marilah kita meneruskan kerjasama Tahaluf dalam Pakatan Rakyat dengan rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah, dan berta’awun dengan semua pihak dalam perkara kebaikan umat Islam dan bukan Islam dalam negara kita, serta tidak bertolak ansur dalam perkara kezaliman dan kemungkaran.

  • Marilah kita mengukuhkan kedudukan dan peranan PAS di peringkat antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik di rantau ini dan antarabangsa untuk mewujudkan dunia yang lebih aman, dan menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam.

Pada sebelah petang dijadualkan sesi pemilihan yang membabitkan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan juga anggota jawatankuasa PAS Pusat.