Home Muktamar PAS Ke 64 Dewan Muslimat PAS Melahirkan Ikon Mesra Rakyat

PAS Melahirkan Ikon Mesra Rakyat

3
0
SHARE

PAS Melahirkan Ikon Mesra Rakyat

Oleh : Nadiah Saari

Kuala Terengganu, 14 Sept – PAS bakal melahirkan ikon mesra rakyat yang dikenali sebagai penggerak rabbani yang akan dijalankan secara berfasa.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh, PAS akan memastikan semua ahli gerakan PAS bergerak berdasarkan kepada tiga teras utama PAS iaitu tarbiyah, dakwah dan siyasah.

“Ketiga-tiga elemen ini perlu diberikan penekanan serius agar setiap anggota penggerak PAS sama ada muslimin, muslimat, pemuda dan muslimat muda mesti menjadi penggerak rabbani,” tegas beliau.

Beliau berkata, penggerak rabbani yang dimaksudkan mestilah selesa menyantuni masyarakat, kompeten dan profesional dalam tindakan dan amalan selaku ikon mesra masyarakat.

“Tindakan ini perlu berpandu kepada latihan dan panduan ilmu-ilmu teras Islam dan tatasusila yang berakhlak mulia,” terang beliau dalam ucapan tersebut.

Tambah beliau, DMPM akan menurunkan pengarahan kepada seluruh penggerak muslimat di pelbagai peringkat dalam menyusun gerak kerja berfasa yang memfokuskan kepada beberapa sasaran utama yang akan dibincangkan.

“Fasa pertama adalah bagi pembinaan kekuatan dalaman dengan ilmu dan kemahiran pengurusan organisasi. Keutamaan ini bagi mengelakkan pertindihan melampau gerak kerja yang tidak terancang sehingga menyebabkan ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

“Fasa kedua adalah menggalak dan memantau agar penggerak DMPM mengaplikasikan kemahiran bersosial dan mesra masyarakat dengan mengajak masyarakat bersama-sama PAS dalam agenda Sejahtera Bersama Islam,” terangnya dalam ucaptama Muktamar Dewan Muslimat PAS (DMPM) kali ke-58.

Lantas, usaha ini mampu membawa PAS lebih ke hadapan dalam memacu kemenangan secara berfasa dan istiqomah bagi menghadapi PRU ke-15 akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here