Home Muktamar62 Artikel PAS Melaka Sokong Konsep Ta’awun dan Politik Islam

PAS Melaka Sokong Konsep Ta’awun dan Politik Islam

117
SHARE

KOTA BHARU: Mewakili PAS Melaka untuk membahaskan subtopik ucapan dasar Presiden bertajuk ‘Blok Politik: Ta’awun Dalam Kebaikan Dan Menolak Kejahatan’, YB Dr. Khalid Khasim memberikan penekanan kepada pendidikan politik Islam ke arah membentuk masyarakat madani.

Menurut beliau, kemelut yang melanda umat Islam di negara masa kini adalah kegagalan menjadikan Islam sebagai panduan malahan Islam hanya dipandang sebagai alternatif dan sekadar pilihan kedua.

“(Banyak parti politik) menunjukkan semangat yang melampau, chauvinist, serta perkauman. Hanya PAS menjangkaui sempadan warna dan bangsa.”

Sehubungan itu, beliau menggesa PAS meningkatkan usaha menyedarkan rakyat serta mendidik mereka dengan ajaran Islam yang adil serta syumul merangkumi semua aspek kehidupan manusia.

If you give peanuts, you’ll get monkeys (jika anda berikan kacang, anda akan mendapat monyet-monyet),” ujar beliau memberi perumpamaan tentang kesan pendidikan Islam yang sebenar terhadap pembentukan masyarakat madani di negara ini.

Menyentuh mengenai konsep ‘ta’awun’ dalam berpolitik, Adun Bukit Baru itu melihat bahawa mana-mana pihak yang membawa agenda positif dan baik, PAS wajar memberi sokongan serta tidak bersifat oposisi, mana kala apa-apa perkara negatif yang dibawa oleh sesiapa jua harus dibanteras dengan cara yang betul.

Menyokong agar subtopik tersebut diterima, beliau turut juga mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS atas kejayaan membentang Usul persendirian oleh Presiden bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).