Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Membangun Bersama Jerit Perih Rakyat, Sangat Rapat Dengan Isu Kebajikan

PAS Membangun Bersama Jerit Perih Rakyat, Sangat Rapat Dengan Isu Kebajikan

184
SHARE

Oleh: Fiqri Zurani

KUALA TERENGGANU, 16 Sept – YB Dr. Azman Ibrahim, wakil Lajnah Kebajikan PAS Pusat memulakan ucapan penggulungannya dengan berkata dakwah melalui kebajikan bertindak lebih berkesan daripada bercakap.

“PAS bukan parti Istana tetapi kita membangun bersama jerit perih rakyat, bersama jatuh dan bangun rakyat maka isu kebajikan sangat rapat dengan kita.

“Kita kena noktahkan masalah kebajikan yang mengutamakan segelintir pihak sahaja.

“Kebajikan kita tidak mengenal batas dan sempadan parti dan lain-lain,” tegas beliau sambil mengulas pengalamannya bersama rakyat di Dun Jabi.

Sambil itu, beliau turut mempromosikan produk-produk kebajikan PAS antaranya SkimPAS yang sudah ada penambahbaikan bantuan khairat kematian daripada RM2,000 kepada RM10,000.

Menurut beliau lagi, kebajikan PAS turut mempunyai Unit Pengupayaan OKU (UPAYA), Skuad Prihatin dan Bantuan Murabbitun .