Home Muktamar PAS Ke 64 PAS Memimpin Masyarakat Dengan Islam

PAS Memimpin Masyarakat Dengan Islam

0
SHARE

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

KUALA TERENGGANU, 15 Sept : Ucapan Dasar Presiden menggariskan hala tuju pentadbiran khususnya dua negeri yang ditadbir oleh PAS iaitu hendaklah dengan merujuk pada Islam.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64.

Justeru ketanya, ucapan itu perlu dihayati khususnya oleh ahli-ahli PAS di dua negeri (Terengganu dan Kelantan) bagi memacu kemajuan negeri seterusnya menjadi modal dan model bagi PAS untuk dipaparkan menuju PRU 15.

“Ucapan Tuan Guru juga mengajak semua ahli meletakkan diri mereka sebagai pemimpin masyarakat yang memimpin rakyat dengan Islam.

“Memimpin menuntut kita semua tegas dengan prinsip dan strategi yang digariskan bagi mencapai matlamat.

“Jangan pula ahli pas yang dipimpin oleh media massa yang secara lazimnya tidak menjadikan Islam sebagai panduan bernegara,” ujar beliau.