Home Muktamar62 Artikel PAS Memperkasa 3 Tunggak Utama

PAS Memperkasa 3 Tunggak Utama

126
SHARE

 

KOTA BHARU – Parti Islam SeMalaysia (PAS) berusaha untuk memperkasa 3 tunggak utama parti iaitu dakwah, tarbiyah dan siyasah.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, ketiga elemen tersebut harus berjalan seiring supaya parti Islam ini mampu menggarap kekuatan dan kemenangan yang diidamkan.

Beliau menyentuh berkenaan politik yang dibawa oleh PAS iaitu politik yang digunakan untuk menyempurnakan perintah Allah dan politik untuk mengelak kemurkaan Allah.

Maka, pengenalan Politik Matang dan Sejahtera (PMS) yang dibawa PAS harus disebarkan oleh seluruh ahli PAS kepada rakyat agar paradigma politik yang dibawa penjajah kepada politik yang diredhai Allah.

“Perwakilan dan permerhati adalah agen untuk perkenalkan PMS secara keseluruhannya. Kalau kita boleh buat, maka banyak pahala yang akan kita peroleh kerana kita telah berjaya mengubah paradigm politik yang ditinggal penjajah kepada politik yang diredhai Allah”.