Home Muktamar PAS Ke 63 PAS Menyedari Realiti Halangan Dan Kelebihan

PAS Menyedari Realiti Halangan Dan Kelebihan

990
SHARE

PAS Menyedari Realiti Halangan Dan Kelebihan

Oleh: Muhammad Zaki Hassan

ALOR SETAR, 29 April – PAS sebagai parti politik yang besar dan mempunyai jentera yang menyeluruh menyedari realiti halangan dan kelebihan yang ada.

“Sebagai sebuah parti yang besar dalam negara ini dan mempunyai jentera yang menyeluruh di serata negara, kita amat menyedari dan memahami realiti halangan dan kelebihan yang ada di hadapan kita, malah PAS amat menyedari kepelbagaian rakyat yang ada dalam negara bernama Malaysia ini”, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS melihat masyarakat majmuk di Malaysia adalah merupakan suatu kelebihan dalam merencanakan perubahan, pembangunan fizikal dan spiritual.

Ujar beliau, “Rakan-rakan kita yang berada di Sabah dan Sarawak tentunya mempunyai begitu tinggi pengalaman dalam menguruskan hubungan kepelbagaian etnik yang wujud sebegitu lama di sana, tentunya ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh kalangan masyarakat Malaysia lain”.